Senam Sihat Merdeka Nadi Presint 18

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

29 Ogos 2026, Sabtu – Bertempat di NADI Presint 18, telah berlangsung program Senam Sihat Merdeka yang diadakan secara serentak di semua NADI satu Malaysia. Walau bagaimanapun, memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap yang tinggi, pihak NADI Putrajaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan aktiviti secara indoor (dalam bangunan) demi kesihatan dan keselamatan para peserta.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta menikmati jamuan sarapan pagi iaitu nasi lemak yang disediakan. Selepas itu, program diteruskan dengan acara utama iaitu sesi senaman di dalam NADI diketuai oleh petugas volunteer NADI adik Razin. Majlis kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian goodies kepada peserta yang hadir sebelum program melabuhkan tirai dan bersurai. Acara diakhiri pada jam 10.00 pagi yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas